46 lokasi berpotensi berlaku pencemaran di Pasir Gudang – Yeo

0
74
ISKANDAR PUTERI, 20 Mac (Bernama) — Sebanyak 46 lokasi baharu dikenal pasti berpotensi berlakunya pencemaran di Pasir Gudang susulan daripada pemantauan pihak berkuasa menggunakan data satelit untuk mengesan punca dan sumber kes pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin ketika membentangkan laporan terperinci oleh Jawatankuasa Saintifik mengenai pencemaran sungai berkenaan.

“Bagi 46 lokasi itu, saya tiada angka sekarang, antaranya adalah tempat pelupusan sampah domestik, di mana akan dikendali oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan yang satu lagi adalah tempat (pembuangan) sisa berjadual,” kata beliau kepada pemberita di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan Dato Jaafar Muhamad di Kota Iskandar, di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.