Adalah salah mengkritik sistem keadilan negara lain, kata bekas presiden MIC

0
98

PETALING JAYA: Bekas presiden MIC, Dr S Subramaniam membidas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad kerana mengatakan Zakir Naik tidak akan mendapat perbicaraan yang adil di India.

Subramaniam berkata adalah salah untuk mengkritik sistem keadilan di negara-negara lain. Para muslim di India akan memastikan perbicaraan yang adil bagi Zakir, katanya dalam pos Facebooknya.

Subramaniam mengingatkan perdana menteri bahawa India mempunyai populasi muslim ketiga terbesar di dunia.

Awal minggu ini, Mahathir berkata Putrajaya boleh menolak apa-apa permintaan dari New Delhi untuk mengekstradisi Zakir Naik, yang menghadapi tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan kira-kira RM115 juta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.