Ahli Parlimen gesa kerajaan isytihar darurat di Pasir Gudang

0
11

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan, Hassan Karim menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimennya, susulan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim sejak minggu lalu.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof kemudiannya memutuskan usul tergempar itu akan dibahaskan 4.30 petang ini.

Ahmad Maslan (BN-Pontian) sebelum ini mencadangkan kerajaan mengisytiharkan darurat bencana toksik di sekitar Sungai Kim Kim.

Katanya, bekas perdana menteri, Najib Razak pernah mengisytiharkan darurat bencana jerebu di daerah Ledang dan Muar, Johor pada 23 Jun 2013 selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu tahap kecemasan.

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here