Allahyarham Bakhtiar alami sesak nafas- isteri

0
38

SEMENYIH, 11 Jan – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Allahyarham Bakhtiar Mohd Nor yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat serangan jantung, turut menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Isteri Allahyarham, Basirah Sardiq Muhammad, 49, berkata suaminya turut mengalami komplikasi buah pinggang sejak dua tahun lepas.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang turut menziarahi jenazah mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham yang disifatkannya sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Turut menziarahi jenazah ialah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan beberapa exco kerajaan negeri. Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan dan tiga anak lelaki berumur antara 9 hingga 29 tahun.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir dekat sini selepas solat Jumaat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here