Anwar dan Azmin minum kopi bersama

0
28

Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali, yang sering bercanggah dan bertikam lidah sejak kebelakangan ini, mengadakan perjumpaan ringkas di Parlimen hari ini.

Hadir semasa perjumpaan itu ialah Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Anwar turut memuat naik gambar perjumpaan mereka di halaman Facebook rasminya.

“Minum kopi bersama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung di lounge Parlimen,” kata Anwar dalam hantara itu.

Saksi mata yang menyaksikan ketiga-tiga mereka minum bersama itu berkata perjumpaan berkenaan diadakan dalam keadaan yang mesra.

Ia berlangsung sekitar 30 minit pagi ini.

Hubungan antara Anwar dan Azmin menjadi tegang sejak akhir tahun lalu selepas Anwar melantik pencabar yang dikalahkan oleh Azmin ke dalam pimpinan PKR, dengan alasan keperluan untuk menjadi inklusif.

Hubungan itu semakain meruncing pada bulan Jun lalu apabila video seks didakwa mirip Azmin dan seorang lelaki lain mula disebarkan.

Azmin menafikan beliau adalah individu dalam video itu dan mendakwa ia adalah satu konspirasi politik untuk memusnahkan kerjaya politiknya. Anwar pula menafikan sebarang peranan dalam video seks berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.