Bazar Deepavali Masjid India akan dipindah: Khalid Samad

0
8

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Bazar Deepavali di kawasan Masjid India di sini akan berpindah ke tapak “baru dan lebih baik”, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

“Ini adalah tahun terakhir bazar tersebut diadakan di kawasan itu kerana kita perlu memberi tumpuan kepada projek-projek pembangunan di sana,” katanya ketika membuka program Deepavali Fiesta di Little India di Brickfields, di sini semalam.

Program yang bermula pada hari Khamis dengan pelbagai aktiviti untuk pelawat dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pusat Aduan Rakyat Malaysia (PAR). Ia akan berakhir pada 5 November.

Khalid juga menyampaikan bantuan yang terdiri daripada barangan keperluan kepada 100 orang yang terdiri daripada warga tua dan anak yatim dari sekitar kawasan Brickfields.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here