Bendera dikibar separuh tiang hingga ahad di semua premis bomba

0
54

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Bendera bomba, Jalur Gemilang dan negeri dikibarkan separuh tiang bermula hari ini hingga Ahad (7 Okt) di semua premis Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara.

JBPM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pengibaran bendera separuh tiang itu dilakukan sebagai tanda hormat dan penghargaan bagi enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat di kolam lombong Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor pada Rabu.

“JBPM merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyampaikan ucapan takziah dan menghargai pengorbanan wira-wira merah ini.

“Keprihatinan dan sokongan yang ditunjukkan amat dihargai dan dikagumi. Ia memperkuatkan lagi semangat anggota bomba untuk terus memberi khIdmat dan sumbang bakti dengan sepenuh jiwa kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here