Bilangan penyu mendarat di Taman Laut Labuan berkurangan 33 %

0
249

LABUAN 4 Feb. – Bilangan penyu yang mendarat di Taman Laut Labuan berkurangan 33 peratus pada 2016 berikutan beberapa ancaman termasuk peningkatan pelantar minyak berdekatan taman itu dan aktiviti penangkapan ikan tanpa kawalan.

Pengarah Taman Laut Labuan, Anuar Deraman berkata, keadaan yang membimbangkan itu perlu ditangani secara berkesan bagi mengelak jumlahnya terus berkurangan.

Lampu yang terang dari pelantar minyak pada waktu malam boleh mengganggu pergerakan penyu berkenaan untuk bertelur di taman laut di sini.

Sebagai tambahan, terdapat kes kematian penyu dilaporkan oleh orang awam akibat terperangkap dalam jaring hanyut dan terkena kipas enjin bot, tambahnya lagi.

Dengan wujudnya ancaman kepada pantai berkenaan, ia akan mengurangkan kawasan pantai untuk penyu bertelur di taman laut pulau ini sehingga mengurangkan bilangan penyu karah yang merupakan spesies terancam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here