Dokumen dari Ambank diserah pada pegawai penyiasat kes – Pengurus BNM

0
70
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) — Pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menyerahkan semua dokumen yang dirampas dari Ambank cawangan Jalan Raja Chulan berhubung siasatan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kepada pegawai penyiasat kes.
Azizul Adzani Abdul Ghafar berkata beliau menyerahkan lapan dokumen itu kepada Ahmad Farhan Sharifuddin pada 7 Julai 2015 sehari selepas ia dirampas.

Lapan dokumen itu ialah empat akaun Ambank milik Najib, tiga dokumen akaun syarikat SRC Sdn Bhd dan satu dokumen akaun Syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim semasa pemeriksaan utama, saksi kedua itu berkata beliau turut menyerahkan borang senarai geledah kepada Ahmad Farhan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here