Dr M tunggu jawapan PAS undi tidak percaya

0
91

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menunggu jawapan daripada PAS jika terdapat undi tidak percaya terhadapnya di Dewan Rakyat.

“Saya tunggu dan lihat kalau ada undi tidak percaya. Saya akan tengok sama ada PAS akan sokong saya atau tidak,” katanya ringkas kepada pemberita di Wisma Pertahanan, hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian menjawab kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang mendakwa 2 parti komponen Pakatan Harapan (PH) mungkin merancang menyingkirkannya melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata, PAS berikrar menyokong Dr Mahathir dalam pertemuan di Yayasan Al-Bukhary, bersama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana parti itu mendapati ada yang tidak kena dengan cara Pengerusi PH bercakap mengenai sekutu itu.

Terdahulu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menolak spekulasi berhubung komplot untuk menggulingkan Dr Mahathir menerusi undi tidak percaya di Dewan Rakyat oleh parti komponen PH.

Mohamad sebaliknya menyalahkan parti lawan yang dilihat sengaja menyebarkan khabar angin itu untuk menggugat kestabilan dan mengganggu fokus kerajaan PH yang berusaha mensejahterakan hidup rakyat.

Mohamad percaya spekulasi itu direka untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada siasatan dan pendakwaan ke atas pemimpin mereka serta krisis kepimpinan dihadapi parti lawan.

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.