Dua anggota polis ditahan SPRM

0
174

JOHOR BAHRU,15 Nov – Dua anggota polis yang bertugas di Balai Polis Permas Jaya, di sini, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Johor kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada orang awam.

Menurut sumber, suspek perempuan (52 tahun) dan lelaki (29 tahun) berpangkat Koperal dan Lans Koperal itu ditahan pada 9.55 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek dikatakan meminta wang berjumlah RM6,000 dan menerima wang rasuah SGD1,700 dan RM200 daripada orang awam sebagai balasan untuk menyelesaikan dua kes dikehendaki (wanted) membabitkan kejadian gaduh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.