Enggan cuti daripada tugas rasmi, MB Perak akan jumpa Paul Yong

0
59
IPOH, 24 Ogos — Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu akan bertemu dengan Paul Yong Choo Kiong, yang berhadapan pertuduhan merogol, dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai kedudukannya sebagai Exco Kerajaan Negeri itu.

“Saya belum berjumpa dengannya lagi. Bila dapat jumpa nanti, saya akan bincang kerana saya kira pentadbiran kerajaan negeri perlu kita titik beratkan.

“Insya-Allah (dalam pertemuan) kita akan rungkai apa juga masalah,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Akuatik Tuanku Zara oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di sini, hari ini.

Ahmad Faizal mengulas keengganan Yong yang memegang portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu bercuti daripada tugasan rasmi selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan merogol pembantu rumahnya bulan lalu.

Yong, 49, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.

Menteri Besar Perak pada Khamis menasihati Yong supaya bercuti daripada tugasan rasmi termasuk tidak mengambil bahagian dalam sebarang mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan sehingga proses perbicaraan kes selesai bagi menghormati undang-undang.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.