Guru pro IS cuba wujud ‘tentera kanak-kanak’ serang London

0
144

PETALING JAYA: Seorang warga British penyokong IS didapati bersalah pada Jumaat kerana merekrut kanak-kanak bawah didikannya ke dalam “tentera” jihad untuk membantu melakukan serangan di serata London.

Umar Haque, 25, menunjukkan video penggal kepala dan propaganda militan yang ganas kepada kanak-kanak itu, memaksa melakonkan serangan maut terhadap ibu negara British itu dan melakonkan serangan terhadap anggota polis.

Polis berkata walaupun Haque tidak berkelayakan dan bekerja sebagai seorang pentadbir, dia bertopengkan pengajaran agama untuk mempersiapkan 110 kanak-kanak untuk menjadi militan di Lantern of Knowledge, sebuah sekolah agama Islam swasta yang kecil, dan di sebuah madrasah yang mempunyai hubungan dengan Masjid Ripple Road di timur London.

Daripada semua kanak-kanak itu, 35 kini sedang menjalani langkah-langkah perlindungan jangka masa panjang melibatkan jabatan kebajikan masyarakat dan pihak berkuasa lain. Enam daripada kumpulan itu memberi keterangan di perbicaraan Haque, menceritakan bagaimana dia mengajar mereka bahawa berlawan itu sesuatu yang baik dan memberikan latihan seperti tekan tubi untuk membina kekuatan mereka.

Haque dipercayai meradikalkan diri sendiri melalui dalam talian, dan mendapat ilham daripada serangan pada Mac tahun lepas apabila Khalid Masood melanggar pejalan kaki dengan kereta sewa di Jambatan Westminster, meragut 4 nyawa, sebelum menikam seorang anggota polis sehingga mati di kawasan parlinen.

Beliau pernah berbincang dengan Abuthaher Mamun, 19, yang juga mengajar di masjid itu, tentang melakukan serangan yang sama menggunakan senjata api dan kereta yang sarat dengan bahan letupan. Dia menyuruh kanak-kanak itu melakonkan serangan Masood memberitahu seorang lagi defendan bahawa orang ramai layak dihapuskan.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here