KUALA TERENGGANU, 9 Feb (Bernama) — “Saya reda dengan apa yang berlaku dan berdoa semoga Bari dijumpai dengan segera.”
Harapan itu diluahkan Masitah Awang, 60, ibu kepada Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, berdekatan Pulau Warisan, dekat sini, malam semalam.
Abdul Bari dipercayai hilang selepas cuba menyelamatkan empat sekeluarga yang nyaris lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka tergelongsor sebelum terjunam ke dalam sungai tersebut.
Difahamkan ketika kejadian pukul 9.30 malam itu mangsa sedang memancing di kawasan berdekatan bersama beberapa orang rakan yang lain.