KKM: Peluang tipis Malaysia dapat cacar monyet

0
100

PETALING JAYA: Kementerian kesihatan hari ini memberi jaminan peluang penyebaran virus cacar monyet dari manusia ke manusia adalah rendah, selepas Singapura mengesahkan 1 kes jangkitan itu melibatkan warga asing.

“Risiko virus itu merebak ke Malaysia dan daripada orang yang dijangkiti adalah rendah melainkan mereka mempunyai sejarah berhubung dengan haiwan yang dijangkiti (atau) dalam kalangan pelancong dari negara endemik di Barat dan Afrika Tengah, terutama Nigeria,” Timbalan Menteri Kesihatan Lee Boon Chye memberitahu FMT.

Beliau menambah Bahagian Kawalan Penyakit kementeriannya akan sentiasa memantau berita dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan menjalankan pengawasan pasif terhadap kes cacar monyet yang disyaki di Malaysia.

Cacar monyet adalah penyakit zoonotik yang disebarkan oleh haiwan kepada manusia, yang disebabkan oleh virus cacar monyet.

Virus ini tersebar kepada manusia melalui gigitan atau sentuhan langsung dengan darah, cecair badan, atau lesi kulit atau mukosa serta titisan pernafasan haiwan yang dijangkiti.

Ia dicirikan dengan tanda dan gejala seperti cacar kecil, dengan demam yang disertai pembesaran nodus limfa, keletihan, sakit kepala dan ruam kulit.

Masa pengeraman virus adalah antara 5 hingga 21 hari, katanya, penyakit itu biasanya berlangsung selama 2 hingga 4 minggu.

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.