Lelaki warga Pakistan didakwa sebabkan kematian seorang lelaki warga Indonesia

0
89
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Seorang lelaki warga Pakistan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki warga Indonesia, bulan lepas.
Shahid Mahmood, 38, yang bekerja sebagai pemasang mozek membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mahyon Talib.

Dia didakwa telah menyebabkan kematian Bambang Sudiono, 40, dengan niat hendak menyebabkan kematiannya di sebuah rumah di Jalan Landai Permai Sungai Besi, Cheras pada 7.30 petang, 26 Feb lepas mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan hendaklah dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
…..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.