Lepas Campak Kerusi, Baling Zink, Besi

0
232

PETALING JAYA: Ketika kes remaja maut ditimpa kerusi dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) hangat diperkatakan, telah tular video seorang wanita ditegur kerana mencampak barang dari tingkat atas sebuah pangsapuri.

Rakaman yang dimuat naik sepasang suami isteri di laman sosial Facebook itu menunjukkan perbuatan seorang wanita yang dipercayai warga asing bekerja sebagai tukang cuci di pangsapuri itu.

Menerusi video berdurasi hampir seminit, wanita berkenaan telah dimarahi seorang penduduk yang menyedari perbuatannya itu.

Sambil menangis, dia berkali-kali memohon maaf di atas kesilapannya dan merayu tidak akan mengulanginya lagi.

Malah dia memberikan alasan bahawa tiada sesiapa di tingkat bawah yang juga laluan ke taman permainan kanak-kanak ketika dia mencampakkan barang-barang itu.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.