LPF: Filem “Padmaavat” tentang hubungan cinta Hindu-Islam terlalu sensitif

0
269

GEORGE TOWN: Filem Bollywood, Padmaavat, diharamkan di Malaysia kerana mengandungi unsur yang dianggap sensitif kepada masyarakat majoriti Islam di sini, kata Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF).

Bagaimanapun, Pengerusi LPF Mohd Zamberi Abdul Aziz berkata pengedar-pengedar filem memfailkan rayuan terhadap pengharaman itu dan akan disemak semula oleh Jawatankuasa Rayuan Filem pada 30 Januari.

Zamberi berkata jawatankuasa itu akan membuat keputusan pada 30 Januari untuk “mempertahankan atau mengubah” keputusan LPF sebelum ini.

Padmaavat adalah filem Bollywood yang memaparkan hubungan antara seorang permaisuri Hindu dan seorang pemerintah Islam pada zaman pertengahan di India. Ia diharamkan oleh LPF pada Sabtu lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.