Mahkamah tolak syarat serah pasport Ku Nan

0
88

KUALA LUMPUR: Permohonan bekas menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mengetepikan syarat penyerahan pasport antarabangsa kepada mahkamah dengan menaikkan jumlah jaminannya, ditolak Mahkamah Tinggi, hari ini.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen sebelum ini yang mengarahkan Tengku Adnan, 69, diikat jamin RM500,000 berserta syarat menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.

Mohd Nazlan dalam keputusannya berkata anggota Parlimen Putrajaya itu yang hadir ke mahkamah ditemani 4 anaknya, boleh membuat permohonan pelepasan sementara pasportnya sekiranya mempunyai urusan di luar negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.