Maszlee ‘terperangkap” mengikut garis perkauman, kata Ramasamy.

0
7

GEORGE TOWN: Pemimpin DAP P Ramasamy hari ini membidas Menteri Pendidikan Maszlee Malik kerana mengaitkan sistem kuota dalam program matrikulasi kerajaan dengan trend dalam pasaran kerja, dengan berkata, menteri berkenaan “terperangkap” mengikut garis perkauman.

Menyifatkan kenyataan Maszlee yang mengaitkan 2 itu sebagai mengejutkan, Ramasamy, yang merupakan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang berkata, isu berkaitan pengambilan pekerja Bumiputera dalam sektor swasta hendaklah dibawa kepada Kabinet bagi mencari penyelesaiannya.

Ramasamy berkata, sekiranya logik yang sama digunakan, Maszlee perlu melihat ketidakseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam yang menyaksikan kelompok Bumiputera merupakan majoriti di pejabat kerajaan.

Beliau berkata, kajian terbaru menunjukkan rakyat berketurunan India berdepan diskriminasi paling tinggi dalam kedua-dua sektor awam dan swasta.

Dalam satu forum di Universiti Sains Malaysia semalam, Maszlee memberitahu hadirin bahawa sistem kuota akan dikekalkan sehingga kerajaan berjaya mengatasi ketidakseimbangan kaum pelajar di pusat pengajian tinggi dan sehingga pasaran kerja bersikap lebih adil kepada graduan Bumiputera.

Beliau mendakwa pasaran kerja mendiskriminasi mereka yang tidak tahu berbahasa Mandarin serta memakai tudung.

Ramasamy mempersoalkan motif menteri berkenaan menimbulkan isu tersebut, selain bertanya sama ada beliau mahu “meraih mata politik dalam kalangan khalayak yang majoritinya orang Melayu”.

“Selepas Pakatan Harapan (PH) menang, sebilangan kita berfikir bahawa dasar perkauman dalam bidang pendidikan dan bidang lain akan kita tinggalkan di belakang.

“Tetapi hari ini, nampaknya sesetengah menteri kita seperti Maszlee tidak berbeza daripada ahli politik era Barisan Nasional (BN) yang menggunakan kaum dan agama untuk menjamin kelangsungan politik mereka.”

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here