Mekanik maut tersepit pagar, dihimpit MPV

0
199

SUNGAI BESAR: Seorang mekanik maut selepas tersepit di antara pagar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mengundur secara tiba-tiba, dalam kejadian dekat Taman Makmur di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Ham Kok Hooi, 35, ditemui jiran dalam keadaan tersepit dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, berkata siasatan awal mendapati mekanik terbabit sedang membaiki MPV Toyota Estima milik seorang pelanggannya.

Beliau berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kecederaan teruk di bahagian kepala.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here