Mesin ATM diletupkan dalam cubaan rompak di Bangi

0
88

BANGI: Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Wisma Unikeb diletupkan, dipercayai dilakukan 2 lelaki bertopeng yang cuba menyamun wang daripada mesin itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 8 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai 2 lelaki yang datang menaiki kereta cuba memecahkan mesin ATM dengan bahan letupan namun kami masih mengenal pasti jenis bahan letupan yang digunakan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau berkata bagaimanapun suspek gagal melarikan peti wang mesin ATM itu selepas 2 kali cuba melakukan letupan pada jam 7.53 malam.

Sehubungan itu, polis sedang mengesan suspek bertopeng yang dipercayai meletupkan mesin ATM itu dan sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Siasatan turut dijalankan unit pemusnah bom, katanya.

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.