Najib tempelak Azmin kemelut air di Selangor

0
175

Persidangan Dewan Rakyat pagi ini rancak seketika apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan tentang kemelut air di Selangor ketika menjawab soalan Menteri Besar negeri itu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan pengurusan hutang negara.

Mohamed Azmin (PKR-Gombak) dalam soalan tambahannya kepada Najib, selaku Menteri Kewangan yang hadir untuk menjawab soalan pertama pada sesi soal jawab lisan berhubung pengurusan hutang dan penarafan kredit, telah bertanyakan sama ada hutang 1MDB memberi kesan kepada hutang negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.