PAS mahu majoriti mudah Parlimen, ambil Selangor – Hadi

0
149

SHAH ALAM: PAS akan meletakkan calonnya bertanding pada lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) depan, dengan harapan memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata jika menang lebih 130 kerusi, PAS sudah bersedia membentuk Kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Abdul Hadi tidak mendedahkan pihak mana yang akan disertainya itu untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pada masa sama, Abdul Hadi mengakui PAS menyasarkan Selangor sebagai antara negeri utama yang diberi tumpuan oleh parti itu dalam PRU-14.

Katanya, PAS mahu menawan Selangor atau sekurang-kurangnya melakukan perubahan di negeri terbabit.

Abdul Hadi berkata, PAS juga akan bertanding seberapa banyak mungkin kerusi di Selangor dan bukan hanya 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang pernah diumumkan sebelum ini.

Selain itu, katanya, isu siapa menteri besar Selangor jika PAS berjaya menawan negeri itu hanya akan dibincangkan apabila calon parti itu memenangi kerusi di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Abdul Hadi turut menafikan PAS ada berbincang untuk bekerjasama dengan UMNO dalam PRU-14 seperti dakwaan sesetengah pihak.

Katanya, khabar angin itu tidak berpijak di bumi nyata kerana PAS akan bertanding di kerusi yang turut ditandingi calon UMNO dan Barisan Nasional (BN).

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here