PAS utama agenda perjuangan berbanding calon PM

0
165

TEMERLOH: PAS belum menetapkan calon Perdana Menteri pilihan mereka sebaliknya mahu mengutamakan agenda perjuangannya terlebih dahulu, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam ucapan pada Fastaqim 2.3 Himpunan 12,000 Jentera PAS Pahang, malam tadi, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan soal siapa yang menjadi ketua atau perdana menteri adalah ketentuan Allah.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Jabar.

Baru-baru ini, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar PAS menamakan calon Perdana Menteri pilihan mereka terlebih dulu sebelum memperlekehkan pilihan pakatan pembangkang.

Tuan Ibrahim berkata, PAS mengambil pendekatan untuk tidak menyokong pakatan pembangkang dan Barisan Nasional (BN) sebaliknya bergerak menerusi Gagasan Sejahtera.

Berhubung calon PAS untuk PRU-14, beliau berkata, Majlis Syura sudah menapis individu layak termasuk daripada sudut kelayakan, akhlak dan amalan harian mereka yang senarainya sudah dirujuk kepada PAS negeri.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here