Pejabat Ketua Menteri Sarawak nafi artikel pemindaan undang-undang murtad

0
208

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri Sarawak (OCMS) menafikan satu artikel yang dikeluarkan media tempatan bertajuk “Sarawak to Amend State Shariah Laws on Apostasy”.

Dalam kenyataan malam tadi OCMS menegaskan artikel Malay Mail Online semalam yang menyebut bahawa cadangan pindaan kepada Ordinan Mahkamah Syariah 2001 bagi memudahkan mualaf untuk keluar dari Islam seperti yang dilaporkan adalah amat tidak tepat.

“Laporan itu tidak menggambarkan apa yang dinyatakan ketua menteri. Ketua menteri dengan jelas menyatakan bahawa memandangkan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Syariah berbidang kuasa mendengar kes murtad, maka adalah perlu untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Pada 27 Februari lepas Mahkamah Persekutuan di Kuching memutuskan terdapat peruntukan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak berhubung bidang kuasa Mahkamah Syariah Sarawak untuk mengendalikan kes murtad.

Keputusan itu menimbulkan banyak reaksi dari pelbagai pihak khususnya di Sarawak.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.