Pelajar sekolah maut dirempuh kereta

0
226

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer empat, Jalan Johor Bahru-Air Hitam, Johor.

Mangsa Muhammad Haikal Ahmad, 16 tahun yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki itu maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Toyota.

 

Mangsa yang datang dari arah bandar dipercayai hendak membelok ke Jalan Kebun Teh Lama sebelum bertembung dengan kereta berkenaan di tempat kejadian berhampiran Danga City Mall.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.