Penutupan jalan sempena Thaipusam

0
135

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan di sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat sempena perarakan sambutan Thaipusam, hari ini dan 1 hingga 2 Februari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahaya, berkata penutupan untuk perarakan kereta berhala ke Batu Caves bermula dari jam 12.30 tengah malam hingga 2 petang, hari ini.

Zulkefly berkata, laluan terbabit adalah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Katanya, penutupan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan terbabit dan akan dibuka semula selepas perarakan selesai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here