Permainan politik Mahathir!

0
147

ANALISIS KHAS

Kecerdikan Tun Mahatir Mohamad akan meningkatkan peluang pencapaiannya dalam bidang politik dengan memusnahkan UMNO.

Janji atau penetapan tempoh dua tahun oleh beliau untuk memegang jawatan perdana menteri adalah untuk meningkatkan jumlah ahli parlimen Pribumi di Dewan Rakyat yang pada masa kini hanya 13 ahli.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai 47 orang ahli, iaitu lebih 34 orang ahli berbanding dengan Pribumi.  Ini membolehkan PKR menuntut jawatan perdana menteri untuk Dato Seri Anwar Ibrahim dari awal.  Iaitu, jawatan perdana menteri yang sepatutnya milik Anwar telah “disewa” oleh Mahathir. Adakah Mahathir akan menyerahkannya kepada Anwar selepas dua tahun?

Bagi menetapkan masa depan politik anaknya Dato Seri Mukhriz Mahathir, tiada pilihan lain kecuali UMNO dihancurkan secara berperingkat. Rancangan Mahathir adalah mendakwa ahli parlimen UMNO atau bekas menteri-menteri UMNO dimahkamah dan melaluinya menambah bilangan ahli parlimen Pribumi.

Mengikut pengiraan Mahathir, bilangan ahli parlimen Pribumi mampu meningkat dari 13 orang ke 40 atau lebih apabila rancangannya berjaya,. Pada masa yang sama, beliau juga mempunyai rancangan tambahan.

Timbalan Presiden PKR, Dato Seri Azmin Ali adalah watak utama didalam rancangan tambahannya. Jika, Azmin tidak dipilih semula sebagai timbalan presiden atau penyokongnya tidak dipilih untuk jawatan-jawatan lain di pilihan parti yang sedang berlangsung sekarang, jangkaan Mahathir adalah 15 hingga 20 ahli parlimen PKR akan menyertai Pribumi.

Rancangan ini dijangka akan bermula bulan depan.

Jika rancangan Mahathir berjaya, bilangan ahli parlimen Pribumi akan mencapai lebih dari 70 orang. PKR pula hanya tinggal dengan 20 hingga 25 orang ahli parlimen.

Pada masa itu, harapan PKR untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri akan kekal sebagai mimpi. Adalah tidak mustahil jika janji Mahathir bahawa beliau akan menjawat jawatan perdana menteri selama dua tahun diabaikan.

Jika rancangan Mahathir menjadi realiti, akan berlaku kekeliruan di dalam pentadbiran negara dan Pakatan Harapan. Mahathir akan menggunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk menghapuskan musuh lama dan barunya.

Oleh itu, hasrat Mahathir bagi menjadi kenyataan atau tidak bergantung pada tindakan Anwar seterusnya.

Oleh

Sanakkiyan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.