Polis akan panggil bekas polis dituduh merompak 20 tahun lalu

0
8

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil bekas penguasa polis iaitu Md Ali Amir Batcha yang didakwa merompak ketika bertugas 20 tahun lalu bagi mendapatkan penjelasannya mengenai perkara tersebut.

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata beliau mengambil sikap terbuka dan akan mendengar penjelasan mengenai perkara berkenaan walaupun kes itu telah lama berlaku.

“Saya akan panggil beliau (Md Ali). Mungkin ada perkara baru yang beliau mahu bangkitkan. Ini juga kerana penampilan beliau jelas menunjukkan dia yakin tidak bersalah.

“Tapi apa yang ada pada rekod PDRM semua keadilan dilaksanakan dalam kes beliau saya ambil sikap terbuka mendengar apa juga… mungkin beliau ada perkara baru untuk dibangkitkan dalam hal ini,” katanya.

Baru-baru ini, Ali, 65, yang pernah bertugas dalam Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Jenayah Berat (D9) menuntut kerajaan Pakatan Harapan menubuhkan sebuah tribunal khas bagi menyiasat semula tuduhan palsu berkaitan rompakan membabitkan dirinya pada 90-an.

Ali mendakwa menjadi mangsa kepada konspirasi dan kini mahu buktikan dia tidak pernah terlibat dalam rompakan tersebut.

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here