Polis Tahan Suspek Khianat Sebuah Rumah Ibadat

0
382

KOTA BHARU– Polis Kelantan menahan seorang penjawat awam kerana disyaki terlibat dalam kes khianat sebuah pusat ibadat di Jalan Hamzah di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata suspek seorang lelaki berumur 34 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas pada pukul 1.30 tengah hari semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan tersebut kerana desakan suara halus atau halusinasi yang menyuruhnya mengkhianati rumah ibadat bukan Islam.

“Suspek bertindak memandu kereta isterinya berseorangan pada malam kejadian dari rumahnya di Pasir Mas sebelum melontarkan dua unit penapis air ke arah gereja tersebut,” katanya pada sidang akhbar berkaitan perkembangan kes berkenaan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Hasanuddin berkata perbuatan tersebut adalah kali kedua dilakukan suspek selepas kali pertama ke atas gereja itu pada 3 Jan lepas…..

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.