Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor

0
8

JOHOR BAHRU, 6 Dis — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah menyampaikan perkenan baginda agar Pulau Kukup di Pontian, kekal sebagai Taman Negara Johor.

Hasrat baginda itu dinyatakan melalui sepucuk surat kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor bertarikh 5 Dis 2018, yang dimuat naik melalui laman rasmi Facebook dan Twitter HRH Crown Prince of Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebentar tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan supaya kedudukan Pulau Kukup, Pontian, yang telah diletakkan di bawah Enakmen Sultanate Land terus kekal digunakan sebagai kawasan Taman Negara Johor dan hendaklah dijaga dan dikawalselia oleh kerajaan negeri Johor di bawah Perbadanan Taman Negara Johor bagi menjadikannya sebuah produk pelancongan Negeri Johor Darul Ta’zim,” menurut surat berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here