26.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2019
Home Malay Malaysia-Malay Saksi: PATI diajar tipu imigresen berhubung penyeludupan manusia

Saksi: PATI diajar tipu imigresen berhubung penyeludupan manusia

0
12

PUTRAJAYA: Bekas pengarah imigresen Perlis, Mohd Amir Othman berkata kesukaran untuk mendapatkan maklumat mengenai penyeludupan manusia disebabkan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan bersubahat dengan ketua sindiket.

Beliau berkata PATI terbabit diajar untuk menipu dan memberi kenyataan yang hampir sama apabila disoal siasat imigresen.

“Sepanjang pengalaman saya bertugas di imigresen, kita sukar dapat kerjasama dari PATI ini untuk memberi bantuan dari segi maklumat.

“Mereka sudah diajar atau diaturkan untuk bercakap dengan kita bila siasatan dibuat. Mereka akan kata datang ke Malaysia melalui ejen yang dibayar di Myanmar dan akan kata datang secara sukarela dan bukan dipaksa,” katanya yang mengakui kebanyakan PATI yang ditangkap adalah daripada Myanmar.

Amir berkata demikian dalam sesi pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dalam kes penemuan kem penyeludupan manusia dan kubur besar di Wang Kelian, Perlis.

Amir merupakan saksi ke-30 RCI yang diadakan di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya yang memasuki hari ke-10 hari ini.

fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here