Setuju umum laporan CEP, tetapi terserah kepada kerajaan, kata Daim

0
102

PETALING JAYA: Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) menyokong cadangan mendedahkan laporannya kepada orang awam, tetapi pengerusinya Daim Zainuddin mengakui keputusan itu tidak berada di tangan beliau

“Saya diminta untuk mempengerusikan majlis itu bagi mendapatkan maklumat, fakta, membuat analisis dan mengemukakan cadangan. Itu peranan saya dan saya tidak harus pergi lebih jauh dari itu,” kata bekas menteri kewangan itu kepada akhbar The Star.

Daim berkata, beliau mahu laporan itu yang mengandungi cadangan majlis berkenaan dikongsi dengan rakyat dan dibahaskan.

“Bagaimanapun terdapat maklumat dalam laporan itu yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA),” akbar berbahasa itu memetiknya sebagai berkata.

Dua hari lepas, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan itu akan terus diletakkan di bawah OSA kerana ia mengandungi maklumat sulit.

Anggota CEP, pakar ekonomi, KS Jomo, yang sebelum ini berkata laporan tersebut tidak wajar didedahkan kerana “ia mengandungi maklumat sensitif yang boleh diputar belit”, mengubah pendiriannya berhubung perkara itu.

“Kebimbangan awal saya itu disebabkan ia mengandungi perkara sensitif dari segi undang-undang dan diplomatik, yang kini tidak ada lagi di dalamnya,” beliau dilaporkan berkata.

FMT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.