Sindiket penyeludupan manusia ditumpaskan

0
10

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Polis menumpaskan aktiviti penyeludupan manusia dengan menahan sebanyak 37 individu termasuk tiga ahli sindiket dalam serbuan di Klang dekat sini pada 4 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sindiket yang didalangi warga Sri Lanka tersebut dikesan menyeludup warga asing ke Australia dan New Zealand menggunakan laluan maritim di Klang, Selangor.

Jelasnya, sindiket ini dipercayai mula beroperasi sejak pertengahan tahun lalu.

Tangkapan melibatkan 24 warga Sri Lanka dan 10 warga India yang terdiri daripada 14 individu adalah lelaki, 11 wanita dan tujuh lagi adalah kanak-kanak.

Tambah Mohamad Fuzi, kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 5 (2) Akta Imigresen 1959/1963 kerana cuba dan keluar masuk melalui jalan tidak sah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here