SPR kaji buat persempadanan semula dalam 2 tahun

0
36

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya sedang mengkaji sama ada persempadanan semula kawasan pilihan raya boleh dilakukan dalam 2 tahun ini berbanding setiap 8 tahun yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, beberapa kajian juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti kesan persempadanan semula yang dilakukan pada 2016 ke atas keputusan pilihan raya umum ke-14.

“Kita sedang melihat bagaimana persempadanan semula dibuat tahun lalu dan kita akan menganalisa kesan kepada ekonomi, perkauman serta trend pengundian ketika itu.

“Kita juga akan kaji sama ada ia dilakukan dengan adil atau tidak, sebelum menghantar usul daripada kajian itu,” katanya pada majlis pelancaran laporan reformasi pilihan raya di Parlimen, hari ini.

Kali terakhir SPR menjalankan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah ialah September 2016.

Fmt

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here