SPR umum Sivarraajh tak boleh jadi calon

0
114

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan ahli politik MIC, Datuk C Sivarraajh tidak boleh bertanding pada pilihan raya kecil Cameron Highlands yang ditetapkan 26 Januari 2019.

Beliau yang memenangi kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) lalu tidak boleh dipilih, tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai seorang pemilih, dan tidak boleh mengundi dalam mana-mana pilihan raya dalam tempoh 5 tahun dari 13 Disember 2018.

“SPR dengan ini akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya seperti mana yang diperuntukan di bawah akta dan peraturan berkaitan pilihan raya yang sedia ada,” kata Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dalam kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.