SPRM menafikan pembekuan akaun bank Chong Wei

0
188

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pembekuan akaun peribadi juara badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, berhubung dakwaan hubungan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkannya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menafikan dakwaan yang sama.

Syed Saddiq berkata penarikan Chong Wei dari Kejohanan Dunia dan Sukan Asia tidak ada kaitan dengan 1MDB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.