Suspek belasah doktor ditahan polis

0
9
KUALA LUMPUR, 7 Okt — Dua lelaki ditahan kerana disyaki memukul seorang doktor yang sedang bertugas, di sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi, Kajang, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata lelaki yang masing-masing berusia 32 dan 37 tahun itu, ditahan semalam di sekitar Kajang.

Katanya kedua-dua suspek telah direman sehari mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes itu.

Pada 4 Sept lepas, tular sebuah video berdurasi dua minit 20 saat, memaparkan seorang lelaki yang dipercayai doktor dipukul dan dipijak di bahagian muka serta badan, oleh seorang lelaki ketika sedang bertugas di sebuah klinik.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.