Syarikat portal diarah bayar Guan Eng, ahli peniagaan RM250, 000

0
216

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan syarikat portal, FZ Sdn Bhd, membayar ganti rugi RM150,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan RM100,000 kepada ahli perniagaan Tan Sri Tan Kok Ping kerana memfitnah berhubung penyiaran satu artikel mengenai pembelian kereta Mercedes Benz dalam laman web www.fz.com, 4 tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed turut memerintahkan syarikat portal yang sudah ditutup itu membayar kos RM35,000 masing-masing kepada Lim dan Tan.

Dalam penghakimannya, Abdul Wahab berkata wujud unsur fitnah dalam artikel itu kerana pihak defendan gagal membuat pengesahan dengan plaintif terlebih dahulu sebelum menulis artikel berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutan, Lim mendakwa Terence Fernandez selaku pengarang urusan dan penulis dengan sengaja, secara salah dan berniat jahat menyebabkan satu artikel bertajuk “MACC begins probe on Merc purchase” ditulis dan disiarkan di laman web tersebut pada 3 Januari 2014.

Ketua menteri itu mendakwa artikel tersebut menunjukkan yang beliau seorang korup, tidak jujur, tidak amanah dan tidak layak untuk menjadi pemimpin rakyat negeri Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.