Tahap celik kewangan rakyat masih rendah, kata Maszlee

0
12

PUTRAJAYA: Majoriti rakyat masih mempunyai tahap celik kewangan yang rendah dan menyebabkan mereka tidak cekap menguruskan hal ehwal kewangan dengan bijak, kata menteri pendidikan.

Maszlee Malik berkata banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran dan tahap celik pengurusan kewangan dalam kalangan masyarakat.

“Hal ini bagi merealisasikan generasi yang celik kewangan dapat dicapai,” kata dipetik ucapan merasmikan program Pro Du-it di Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.

Maszlee dalam ucapannya berkata kanak-kanak zaman ini amat terdedah kepada aspak komersial, dan mempunyai kuasa membeli yang besar sama ada secara langsung ataupun tidak.

“Oleh itu, amatlah penting untuk kita mengajar mereka untuk berbelanja secara berhemah serta membendung budaya pembaziran dalam perbelanjaan.

fmt

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here