Tangkapan insiden kuil kini 102 individu

0
6

SHAH ALAM, 6 Dis – Polis menahan tiga lagi individu untuk membantu siasatan kes rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini minggu lepas, menjadikan jumlah yang ditahan meningkat kepada 102 orang setakat 8 pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan di sekitar negeri ini antara malam semalam sehingga pagi tadi.

“Dengan tangkapan ini, seramai 102 individu telah ditahan merangkumi 49 lelaki Melayu, 44 orang lelaki India, seorang lelaki Cina dan lapan lelaki India Muslim,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Maulidul Rasul di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here