Tiada kerjasama politik antara PAS, Umno di Kelantan

0
331

PETALING JAYA: PAS dan Umno Kelantan nampaknya kekal bermusuh apabila pemimpin yang dihubungi bertegas tidak akan menjalin kerjasama pilihan raya di negeri itu untuk pilihan raya umum ke-14.

Dua seteru tradisi itu dilihat tidak akan berganjak walaupun pemimpin PAS dan Umno nasional dilihat semakin mesra.

Hanafi menambah sebarang kesepakatan antara Umno dan PAS Kelantan bersifat terhad dan untuk kepentingan masyarakat terbanyak.

Hanafi juga berkata mustahil Umno Kelantan membentuk kerajaan campuran dengan PAS Kelantan selepas pilihan raya umum nanti, sepertimana Semangat 46 dan parti Islamis itu sebelum ini.

Di pihak PAS Kelantan pula, Ketua Penerangan Datuk Nasaruddin Daud berkata mereka juga membuat keputusan muktamad untuk tidak menjalin kerjasama pilihan raya dengan Umno.

Beliau mendakwa isu kerjasama pilihan raya Umno dan PAS di Kelantan sengaja dicetuskan oleh Amanah untuk menakut-nakutkan pengundi memandangkan rakyat Kelantan sangat sensitif tentang perkara itu.

Isu kerjasama PAS dan Umno hangat dibincangkan selepas PAS memutuskan hubungan dengan PKR April tahun lalu dan bertegas tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

Keputusan PAS untuk memaksakan pertandingan 3 penjuru di beberapa kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan menguatkan lagi spekulasi itu.

Ia disusuli apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Najib dilihat berkongsi pentas termasuklah Himpunan Solidariti Ummah Rohingya dan Himpunan Solidariti Selamatkan Baitulmaqdis

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.