Tiga ahli keluarga terbunuh dalam kebakaran awal pagi

0
16

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Tiga anggota keluarga terbunuh dalam kebakaran awal pagi di Kampong Lindungan, Petaling Jaya.

Mereka yang mati ialah dua orang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai terperangkap di dalam rumah itu,kata Norizham Mohd Nudin, pembantu pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor. Beliau berkata jabatan itu menerima panggilan kecemasan sekitar 2.47 pagi.

Norizham berkata, kebakaran itu dipercayai telah bermula dari tingkat bawah rumah manakala siasatan awal mendapati rumah teres dua tingkat itu telah diubah suai ke tiga tingkat.

Mayat tiga mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here