Ziyad menangi emas

0
32

KUALA LUMPUR: Jaguh para negara Ziyad Zolkefli membuktikan kehebatannya apabila berjaya mempertahankan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 (masalah pembelajaran) pada Sukan Para Asia Jakarta 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Ziyad muncul juara apabila menewaskan rakan senegara, Alif Awi yang merangkul perak dengan catatan 13.09m, manakala atlet Thailand, Sanepoot Boonkong menang gangsa (13.01m).

Kejayaan Ziyad adalah pingat emas ke-14 buat kontinjen negara yang kini hanya kurang satu emas daripada sasaran awal 15 pingat emas.

Untuk rekod bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan itu juga pemegang rekod dunia lontar peluru lelaki F20 selepas dia melakukan lontaran sejauh 17.29m pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London tahun lalu.

Sementara itu, seorang lagi atlet olahraga negara, Haisham Ashraf menghadiahkan pingat perak dalam acara 1,500m T46 (cacat anggota badan) lelaki.

Haisham mencatat masa 4 minit 17.02 saat tewas kepada Marufjon Murodulloev dari Uzbekistan yang merakam 4:13.99s manakala gangsa milik pelari Iran, Amin Abdolpour (4:19.44s)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here